About Me
- Erma Amalina
- Bandar Seri Begawan, Lambak Kanan, Brunei
- Aku Bukan Siapa-Siapa :)
Saya hargai semua pembaca disini dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kerna sanggup meluangkan masa tuk membaca karya saya akan tetapi semua Karya di sini, Hanya untuk tatapan di sini sahaja. Sebarang salinan semula tidak dibenarkan sama sekali. :))
-[Sticky Notes]-
-Diharap semoga terhibur dengan hasil nukilan saya. Jujur saya katakan ini adalah kali pertama saya membuat novel dan cerpen secara online. Jikalau ada kesalahan tegur-tegurlah saya. :)
-Thank You so Much to all yang membaca hasil nukilan saya. Either orang atuu suka or nda.. but i still appreciate it. Love Yahh..
*i know dalam dunia ane nda semua suka tane*
"Di Antara Kita"
* Aidil Zafran
* Hidayah Osman
* Yazrin Iskandar
* Ayune Lydiana
* Shahmie aka 92
* Syafina Musfirah
* Muhammad Nor Ikram Syah
* Qistina Aleza
* Ameera
* Alya Ardina
Di Antara Kita Mengisahkan Tentang 4 Orang Sahabat Dalam Kisah Cinta Mereka Dan Kisah Persahabatan Mereka.
Khamis, 5 Februari 2009
Cerpen : Abang.. Ana Rindu..
Abang..Abang ingat tak masa 27 februari 2007.. masatu tarikh perkahwinan kita.. Ana sangat gembira pada masa tu. Ana pikir Abang langsung tak cintakan Ana. Ialahh siapalah yang nakkan Ana. Tetapi betullah kata orang kalau jodoh tak kemana. Pada tarikh tu kita disatukan. Geli hati Ana tengok Abang nervous bila mula menlafazkan akad nikah tapi syukur Alhamdulillah Abang lafaz sekali je. Seronok tengok Abang macamtu. Abang kata ini kali pertama sebab itu nervous.
Abang.. Awak tau tak?Ana sangat cintakan Awak.. pernah satu hari awak marah kat Ana sebab panggil dengan panggilan Awak. Awak nak kita panggil Abang.. Ganjil bunyinya wak. Tapi cuba juga sampaikan merah pipi kita kerna menahan malu. Selepas itu Awak gelakkan kita. kejam tau. Apa lagi Ana pun merajuk lah. Awak tau Ana merajuk sebab itu Awak bawa Ana pergi makan candle light dinner selepas itu Kita menari.. sweet kan wak? Ana suka.
Beberapa bulan kemudian Ana mengandung. Bila Ana beritahu Abang tentang kehamilan Ana. Abang sangat gembira dan mengucapkan terima kasih pada Ana. Abang selalu menjaga Ana dan suruh berhati-hati. Ana tau Abang cintakan Ana seorang je. Ketahuilah Bang.. Ana sanggup buat apa saja demi Abang dan rumahtangga kita. Bila kandungan Ana masuk dua bulan Ana selalu marah-marah. Abang tetap sabar dengan Ana. Kata Awak.. Ana kebawaan budak.. Ada ker macam tuhh? Kelakar lah Awak.
Masa Ana mengandung tu Ana selalu minta bukan-bukan.. pernah dulu Ana minta Abang belikan buah durian sedangkan masa tu bukan musimnya. Abang cari juga buah tuu tapi hampa tidak berjual.. Apalagi merajuk lah Ana sampai Ana suruh Abang tidur di bilik tamu. Jahat tak Ana?hehehe.
selepas tujuh bulan kemudian Ana pun bersalin. Kita dapat Anak lelaki. Abang pun mengazankan Anak kita. Tersentuh hati Ana bang. Macam ini rasanya berjuang melahirkan seorang anak lelaki. Selepas itu Abang pun kucup dahi Ana. Sungguh Ana sangat bahagia pada masa itu. Hanya Allah saja yang Mengetahui. Nama anak kita Darwisy Ardly bin Muhammad Adi. Awak yang bagi nama tu. Cantik nama itu. Ana suka.
Ternyata memang susah menjaga anak kecil kan bang? Ana tanya Abang. Tapi Abang balas banyakkan bersabar. Perangai Darwisy memang sebiji ikutkan Abang. Muka dia. mata dia. Semua ikut Abang. Sebab itu Abang selalu manjakan Darwisy. Beri dia apa saja. Tapi Ana takut nanti bila Darwisy dah besar dia naik kepala.. ialahh dahh dimanjakan sangat. Tapi kata Abang.. tahulah dia nanti. apalah jawapan Abang tu tak menyakinkan betul. hehehe
Dua tahun kita bina rumahtangga kita. Darwisy dah berumur setahun lebih. Kita tak pernah bermasalah. Kita hidup bahagia. Tapi Abang kata Abang harus keluar negeri sebab ada urusan syarikat selama seminggu. Ana tak izinkan sebab perasaan Ana tak sedap seperti sesuatu terjadi pada diri Abang tapi Abang menyakinkan Ana yang Abang tidak ada apa-apa.
Hampir seminggu Abang outstation. Ana rindu sangat-sangat walaupun Abang selalu menelipon Ana. Bertanyakan khabar, Anak.. Kata Abang.. Abang rindukan Darwisy dan Ana. kitaorang pun rindu bang. "Jaga diri baik-baik.. jaga Darwisy baik-baik.. rindukan Abang selalu" Hati Ana menjadi tidak tentu arah bila Abang cakap macamtu seolah-olah Abang tak balik-balik lagi.
Nanti petang Awak nak balik kan?jadi Darwisy dan Ana bersiap-siap nak pergi ke airport menjemput Abang tetapi tiba-tiba mama Abang datang jumpa Ana. Dia menangis. Ana tanya kenapa. Dia cakap.. Abang Accident semasa nak pergi Airport dan taxi yang Abang naik terlanggar lorry. Abang dahh tidak ada. Abang meninggal dunia.. Ana tak percaya cakap mama sebab sebelum ne Abang ada telepon Ana suruh jemput Abang di Airport. Mama tipu kan Bang?! Ana tak percaya. Sekarang dahh waktu petang tentu Abang tunggu Ana di Airport kan?? Ana nak pergi Airport sebab Abang suruh Ana tunggu.
PANGGGGGGGG!!! Mama tampar Ana.. Dia suruh Ana sedar yang Abang dah tak ada. Abang dah meninggal. Sejak itu.. Ana sedih sangat-sangat Bang. Makan pun tidak ada selera. Kalau Abang ada disini tentu Abang dah marah tengok keadaan Ana kan? Sudah sebulan lebih Abang pergi meninggalkan Ana dan Darwisy. Kitaorang semua rindukan Abang.. Rindu sangat-sangat. Kalau dulu Abang tak pergi outstation tentu Abang tak pergi meninggalkan kitaorang kan?
Labels: Abang.. Ana Rindu..
2 Comments:
-
- Tanpa Nama said...
6 Februari 2009 pada 5:20 PGadoyyy~ tersentuh hati ku behh~:'(( ksian ey.. kn menangis jua ku ne... wow.. u are a writer~ ;) kep it up:)- Erma Amalina said...
6 Februari 2009 pada 7:05 PGThank you behhh.. kan jadi writer?balum laii.. masih baru dalam bidang penulisan hehehe.. u cried?hohoho..