About Me

Foto saya
Bandar Seri Begawan, Lambak Kanan, Brunei
Aku Bukan Siapa-Siapa :)

Saya hargai semua pembaca disini dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kerna sanggup meluangkan masa tuk membaca karya saya akan tetapi semua Karya di sini, Hanya untuk tatapan di sini sahaja. Sebarang salinan semula tidak dibenarkan sama sekali. :))



-[Sticky Notes]-

-Diharap semoga terhibur dengan hasil nukilan saya. Jujur saya katakan ini adalah kali pertama saya membuat novel dan cerpen secara online. Jikalau ada kesalahan tegur-tegurlah saya. :)

-Thank You so Much to all yang membaca hasil nukilan saya. Either orang atuu suka or nda.. but i still appreciate it. Love Yahh..
*i know dalam dunia ane nda semua suka tane*





"Di Antara Kita"

* Erma Athirah
* Aidil Zafran
* Hidayah Osman
* Yazrin Iskandar
* Ayune Lydiana
* Shahmie aka 92
* Syafina Musfirah
* Muhammad Nor Ikram Syah

* Qistina Aleza
* Ameera
* Alya Ardina

Di Antara Kita Mengisahkan Tentang 4 Orang Sahabat Dalam Kisah Cinta Mereka Dan Kisah Persahabatan Mereka.

Selasa, 17 Februari 2009

Story : Di Antara Kita *17*

Di Antara Kita epi 17

Tepat jam 2.30 petang Cikgu Hisham Allyuddin dan semua pemain bola sekolah berkumpul di tengah padang. Pasukan ini tidak ada ketua pasukan kerana ketuanya baru saja berhenti sekolah. Oleh itu mereka ingin mencari ketua pasukan baru. Disebabkan itulah mereka berkumpul disini untuk melihat dan mencari siapa yang layak menjadi ketua pasukan.

Cikgu Hisham Allyuddin merupakan Coach mereka. Dia yang memilih siapa yang layak dan dibantu oleh Muhammad Nor Ikram Syah. Ikram Syah boleh dikatakan second captain. Dia yang banyak membantu menaikkan nama sekolah selain dari bekas captain mereka.

"Buiii.. kau rasa siapa yang jadi captain nehh selapas c'Luqman aaa..?" Shahmie menyoal kepada Ikram Syah.

"Ntahhh.. liatlahh siapa yang handal alah-alah c'Beckham"

"Beckham?atuuu aku tuuu eyhh" Dengan bangganya Shahmie mengatakannya.

Shahmie mula masuk kelab ini sejak dua minggu dia belajar di sekolah ini. Mula-mula dia ingin masuk kelab maths. Tetapi baginya itu tidak mencabar dan sekaligus dia berjumpa dengan Erma dan Ikram Syah untuk menukarkan ia ke kelab bola sepak dan mungkin kerana rezekinya Dia terus terpilih menjadi pemain utama bola sepak sekolah.

"Apa nyamu?kau beckham?hmmmm bahhh.. mana saja tahh" Dikuti dengan gelak tawanya. Lalu Shahmie menendang kaki Ikram Syah.

"Ouchhh!!Sakit bui.. berharga nee kaki ku aaa.. mun nada kalah team sekolah tane ane.." Gelak lagi.

"Sorry eyhhh.. sengaja..." Selamba.

Geram dengan sikap Shahmie. Ikram Syah pun mengejarnya. Agaknya Ikram dah terikut sikap Musfirah yang suka mengejar Ayune. Tapi kali ini versi lelaki.

"Adiehhhh.. macam kanak-kanak kamu ane.. Ahhh Ikram.. Shahmie" Cikgu Hisham menegurnya.

Mereka pun berhenti main kejar mengejar. "Ea mulakan dulu cikgu" Shahmie menuduh Ikram.

"Bowhhh.. ea yang mulakan.." Ikram pula membela dirinya.

"Bahh bahh sudahh.. eyhh kamu ane.!!" Cikgu Hisham geleng kepala melihat anak didiknya itu. Mereka berdua tersengih bagai kerang busuk.

"Okay... kamu semua.. hari ane ada pemain baru.. cikgu rasa kamu pun kenal ea kali.."

"Pemain baru?!" Hampir serentak mereka semua mengatakannya.

"Yup.. tadi Erma Athirah membaritahu cikgu ada seorang mau masuk kelab ane.."

"Owhhhh.." Mereka semua mengangguk tanda paham.

"Siapa Cikgu??" Ikram Syah memyoal Cikgu Hisham.

"Siapa lagi kalau bukan Aidil Zafran!!" Cikgu Hisham pun menunjukkan Aidil Zafran yang tidak jauh darinya.

"Eyhhh ada Aidil Zafran disini panya.. napa tane nda nampak atuu" Mereka berbisik satu sama lain. Akhirnya mereka semua tersenyum tawar.

"Okay.. so ane kawan baru kamu.. lupakan hal yang lama.." Cikgu Hisham memberi arahan sebegitu kerana dia tau setengah daripada mereka tidak suka akan Aidil Zafran akibat perlawanan sekolah Smsab dengan sekolah AbdulRahman dimana Aidil tidak sengaja tertendang kaki captain mereka iaitu Luqman. Disebabkan inilah pergaduhan terjadi dan perlawanan dibatalkan serta merta. Bagi mereka sekolah AbdulRahman sombong-sombong belaka.

"Assalamualaikum?" Aidil memulakan bicaranya dengan sopan.

"Walaikumsalam.." Mereka semua menjawab acuh tak acuh.

"Aku harap kamu semua boleh memberi kerjasama lahhh.. lagipun aku orang baru disini.."

"Hmmm.."

Aidil tahu yang pemain bola sekolah barunya ini tidak berapa menyukainya. Tetapi bidang ini adalah kesukaannya. Sebab itulah dia sanggup menebalkan mukanya demi bidang kesukaanya.

"Okay.. kamu pun dahh kenal kan?So cikgu direct saja lahh.. Aidil Zafran Captain baru kamu.. so cikgu mau nada pergaduhan.. and mesti ada kerjasama.. tolenransi.. bantu-mambantu."

Mereka semua terkejut. "Cikgu.. alum jua tane buat pemilihan.."

"Nda payah pemilihan.. lagipun Aidil Zafran bekas captain bola sekolah AbdulRahman.. SO cikgu percaya akan kebolehannya"

"Tapi.." Shamie ingin mengatakannya.

"Lagipun sekolah AbdulRahman atuu bukan sanang-sanang memilih captain tuu mesti jua dorang liat kepandaian apa..OK?"

Mereka pun diam. Apa yang Cikgu katakan ada betulnya. Sekolah AbdulRahman bukan calang-calang orangnya. Semua orang kaya dan berkebolehan. Kalau mereka ingin memilih captain bola sepak tentu mereka pandang kebolehannya.. skillnya.

"Okaylahhhh.." Mereka semua pun mencapai satu persetujuan.

"Hmm... Good.. jadi esok tane mulakan latihan.. tempat dan waktu yang sama.." Cikgu Hisham mengakhiri kata-katanya dan pergi dari situ.

0 Comments:

Post a Comment