About Me

Foto saya
Bandar Seri Begawan, Lambak Kanan, Brunei
Aku Bukan Siapa-Siapa :)

Saya hargai semua pembaca disini dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kerna sanggup meluangkan masa tuk membaca karya saya akan tetapi semua Karya di sini, Hanya untuk tatapan di sini sahaja. Sebarang salinan semula tidak dibenarkan sama sekali. :))



-[Sticky Notes]-

-Diharap semoga terhibur dengan hasil nukilan saya. Jujur saya katakan ini adalah kali pertama saya membuat novel dan cerpen secara online. Jikalau ada kesalahan tegur-tegurlah saya. :)

-Thank You so Much to all yang membaca hasil nukilan saya. Either orang atuu suka or nda.. but i still appreciate it. Love Yahh..
*i know dalam dunia ane nda semua suka tane*





"Di Antara Kita"

* Erma Athirah
* Aidil Zafran
* Hidayah Osman
* Yazrin Iskandar
* Ayune Lydiana
* Shahmie aka 92
* Syafina Musfirah
* Muhammad Nor Ikram Syah

* Qistina Aleza
* Ameera
* Alya Ardina

Di Antara Kita Mengisahkan Tentang 4 Orang Sahabat Dalam Kisah Cinta Mereka Dan Kisah Persahabatan Mereka.

Isnin, 9 Februari 2009

Story : Di Antara Kita *12*

Di Antara Kita Epi 12.

Sambungan Epi 11..

"Woii..Woii!!.. Cikgu datang." Ketua kelas memberi isyarat dan dengan serta merta kelas yang bising tadi menjadi senyap dan semua murid membuat kerja seolah-olah budak baik yang rajin belajar.

Cikgu Bahasa Melayu pun masuk kelas atau lebih dikenali sebagai cikgu Othman. Cikgu ini seorang yang sangat mesra dengan murid-murid tetapi tegas kalau murid-muridnya tidak mengantar kerja yang diberinya. Selepas saja dia meletakkan buku-buku di mejanya cikgu pun datang ke tempat kami berempat.

"Ayune.. kan pengsan kau lagi?" Soal Cikgu dengan nada gurauan.

"Hahh?"

"Kalau kau kan pengsan bagitau cikgu.. Cikgu memanggil si Bidin."

Kata-kata cikgu itu di sambut dengan gelak tawa kami apatah lagi satu kelas mendengarnya makin bertambahlah gelak kitaorang. Ada yang sampai mengeluarkan airmata,pegang perut semasa ketawa. Siapa yang tidak kenal Bidin. Lelaki yang sangat-sangat popular dengan bau badannya yang sangatlah 'wangi'. Dia adalah lelaki yang kuat berpeluh sehinggakan dia menang dalam pertandingan bau badan siapa paling wangi?.

"Apa eyhh Cikgu aaa.."Merah muka Ayune menahan malu. "Mun cikgu panggilkan si Bidin atuu.. ntahh baik masa ku terbangun-bangun tuu.." Gelak Ayune.

Sekali lagi kelas di penuhi dengan gelak tawa. Lucu kedengarannya bagaimana agaknya kalau Ayune landing tepat pada badan sii Bidin. Mungkin Ayune terjangkit dengan bau harumnya itu.

"Bahhh bahh udahh tahh.. belajar.. belajar.." Cikgu mencelahnya kerana makin galak tawa anak muridnya itu. Takut nanti ketahuan oleh pengetua.

****************

Tepat jam 1.30 ptg mereka selesai menelaah mata pelajaran English. Sakit kepala mereka belajar mata pelajaran kesukaan orang ramai ini. Selepas itu mereka pun pergi ke Grandstand sementara menunggu di ambil oleh ibubapa mereka.

"Aduhhh ngalehh eyhh belajar ane" Dayah memulakan bicaranya walaupun nampak keletihan teramatlah sangat.

"Awuuu.. mun kan pandai ane paksa tah jua" Erma menyambungnya.

Belum pun banyak mereka bualkan Ibubapa Musfirah dan Hidayah pun datang mengambilnya. Diikuti pula dengan Ayune yang juga diambil oleh Ayahnya.

Tinggallah Erma keseorangan menunggu Ayahnya datang mengambil walaupun masih ramai yang berada di sekolah ini. Tetapi itu tetap tidak menyenangkan hati Erma. Erma terlalu letih untuk menunggu lagi pula banyak kerja rumah yang diberikan oleh cikgu-cikgunya tadi.

"Napa ya ku alum kana ambil ane.. bangas rasanya" Rungut Erma dalam hati.

"Hello Erma!" Sapa satu suara.

Suara itu seperti dikenalinya lalu Erma pun menoleh kepada orang yang menegurnya itu. Dan tepat seperti yang diduganya.

"Eyhhh membarikan menerajang bini-bini ane.. Ane kan ku ngaleh tahap gaban.. dahh lahh bapa ane alum lagi datang-datangnya" Marah Erma dalam hati.

"Hmm.. Hye Aleza" Jawab Erma acuh tak acuh.

"Seorang mu ganya?Mana kawan-kawan kesayanganmu aaa.." Soalnya dalam nada sindiran.

"Nda kau nampak aku sorang-sorang ane.."

"Owhhh kesiannn.."

"Hmmm"

"Owhhh by the way.. jujur ku katakan.. Aku banci kau waa.. Banci banar-banar.. mun buleh aaa kan ku buat kau ane malu waaa"

"Hmmm" Malas Erma hendak mempedulikannya.

Dilihatnya Erma seperti tidak ingin mempedulikannya. Jeratnya ingin memancing kemarahan Erma tidak menjadi. Kalau Erma marah baik untuk dirinya sebab ramai orang berada di Grandstand ini untuk melihat orang yang mereka sanjung ini mengamuk dan hilanglah hormat mereka terhadap Erma dengan alasan Erma marah tak tentu pasal. Inilah rancangan yang ingin dia jalankan tetapi Erma jawab acuh tak acuh saja. Aleza semakin panas dengan sikap Erma itu.

"Eyhhh Erma!!!" Aleza tolak badan Erma yang membelakanginya.

Erma yang ditolak terdorong ke depan dan terkejut dengan sikap gila Aleza ini. "Mengapa ya Mak Lampir ane?Mak Lampir? Eyhh lawa jua nama atuu untuk bini-bini sewel ane" Erma tersengih dengan kata hatinya itu.

"Mengapa kau senyum-senyum ane!!" Tengking Aleza. Semua yang berada disitu melihat mereka berdua. "Adiosss bini-bini ane... semua plng orang meliat nahh" Rungut Erma dalam hati lagi.

Oleh kerana terlalu ramai sangat orang jadi penonton wrestling mereka. Erma pun membawa mereka senyum. Tetapi sikap Erma yang satu itu membuat marah Aleza semakin menjadi-jadi. "Aku yang marah di sini.. ya membawa senyum urang tahh plng" Kata Aleza dalam hati.

Disebabkan marah yang teramat sangat Aleza sekali lagi menolak badan Erma. Dan badan Erma yang kecil molek itu pun terdorong sekali lagi. Entah kenapa Erma malas sangat hendak melawannya kali ini. Mungkin Erma terlalu letih tambahan lagi Erma sangat mengantuk.

"Ermaa... lawan waaa" Kata salah seorang penonton setia mereka.

"Awuuu eyhh.. lawan waaa" Kata orang itu disambut dengan anggukan orang ramai.

Oleh sebab banyak sangat orang bercakap membuat Erma rasa tertekan dan tidak semena-mena tangan Erma menolak balik badan Aleza hingga menyebabkan dia terjatuh. Dan selepas itu terjadilah peperangan terbesar dimana Queen Of Erma Vs Queen Of 3A's. Aleza pun bangkit dari terjatuhnya tadi dan terus menampar Erma. Erma yang semakin terkejut dengan tindak balas Aleza ternganga seketika. sebelum ini Erma belum pernah ditampar apatah lagi dijentik oleh sesiapa pun. Apa lagi Erma pun hendak menampar Aleza. Tangan Erma sudah dinaikkan.. sikit saja lagi hendak kena muka Aleza.

Tetapi belum pun sampai tangan Erma di muka Aleza Mak Lampir. Ada sebuah kereta mewah berhenti betul-betul berada di depan meraka. Didalamnya seperti ada seorang lelaki tetapi kurang jelas penglihatan Erma disebabkan kilauan matahari memancar kereta mewah itu. Pergaduhan Erma pun terhenti. Semua orang yang berada disana tertanya-tanya siapakah gerangan orang itu. Nampak seperti orang berada.

0 Comments:

Post a Comment