About Me

Foto saya
Bandar Seri Begawan, Lambak Kanan, Brunei
Aku Bukan Siapa-Siapa :)

Saya hargai semua pembaca disini dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kerna sanggup meluangkan masa tuk membaca karya saya akan tetapi semua Karya di sini, Hanya untuk tatapan di sini sahaja. Sebarang salinan semula tidak dibenarkan sama sekali. :))



-[Sticky Notes]-

-Diharap semoga terhibur dengan hasil nukilan saya. Jujur saya katakan ini adalah kali pertama saya membuat novel dan cerpen secara online. Jikalau ada kesalahan tegur-tegurlah saya. :)

-Thank You so Much to all yang membaca hasil nukilan saya. Either orang atuu suka or nda.. but i still appreciate it. Love Yahh..
*i know dalam dunia ane nda semua suka tane*





"Di Antara Kita"

* Erma Athirah
* Aidil Zafran
* Hidayah Osman
* Yazrin Iskandar
* Ayune Lydiana
* Shahmie aka 92
* Syafina Musfirah
* Muhammad Nor Ikram Syah

* Qistina Aleza
* Ameera
* Alya Ardina

Di Antara Kita Mengisahkan Tentang 4 Orang Sahabat Dalam Kisah Cinta Mereka Dan Kisah Persahabatan Mereka.

Selasa, 10 Februari 2009

Story : Di Antara Kita *13*

Di Antara Kita Epi 13.

Erma yang teringin sangat nak menampar muka Aleza terhenti. Disebabkan sebuah kereta mewah betul-betul berhenti di hadapan mereka. Erma menjeling Aleza. Aleza pula menjelirkan lidahnya konon-kononnya kemenangan berpihak kepada dirinya. Semua orang berpandangan satu sama lain.

"Selahau punya orang.. mengacau.. anekan ku marah.. tup..tup.. beranti pulang ya dapan diri.. ane kan ku hot bakas kna tampar atuu" Sumpah Erma dalam hatinya. Hatinya sekarang betul-betul panas. sepanas cuaca hari ini.

Sukar Erma hendak mengenali wajah lelaki itu. kereta mewah itu dipancari cahaya matahari dan kerna itulah susah hendak mengecamnya.

"Orang kaya sasat mana lagi ne" bisik Erma.

Tidak lama kemudian. Turun lah seorang lelaki dari tempat duduk pemandu dan lelaki itu pun menuju ke pintu tempat duduk belakang.

"Amboiii tuha nya..macam bapaku tuanya" Perlahan Erma gelakkan. Tiada siapa pun yang mendengarnya. Rupanya yang dilihatnya dalam kereta tadi pakcik ini. Ingatkan siapa.

Pintu kereta itu pun di buka oleh pakcik itu dan mempersilakan seseorang lelaki keluar dengan penuh hormatnya. Bagaikan seorang putera raja dari cerita Cinderela.

"Adiehhh.. alah-alah ceta cinderella" Sinis Erma memperkatakannya. Tetapi macam biasa percakapannya tidak ada seorang pun mendengarnya kerna terlalu khusyuk melihat orang kaya itu.

"Owhhh My God!!" Orang ramai terkejut melihatnya sambil menutup mulut mereka dengan tangan.

Sebaik sahaja Erma memandang lelaki di hadapannya, Erma pun terkejut apabila seorang pemuda yang berpakaian kemas,segak dan bergaya. Erma cuba mengamati wajah pemuda di hadapannya itu. Rasanya macam pernah jumpa tapi siapa?

"Aidil Zafran?!!"

Erma ingin menjerit sebaik sahaja mengamati wajah pemuda di hadapannya itu. Tiada satu perkataan pun yang keluar dari mulutnya sebaliknya minda Erma penuh dengan tanda tanya. Apa Aidil Zafran buat kat sekolah ini?Mengapa datang masa waktu petang?dan banyak lagi lah. Tetapi pertanyaan itu disimpan dalam hati saja.

Ramai orang terkejut di atas kehadiran Aidil Zafran ke sekolah ini. Siapa tak kenal dengan Aidil Zafran. Semua orang kenal. Dia adalah kapten pemain bola sekolah AbdulRahman yang paling popular di Brunei ini. Sebut saja namanya semua orang kenal. Lebih-lebih lagi dikalangan perempuan yang begitu tergila-gilakan dia. Mana tidaknya, Anak orang kaya, hansem, pintar, jaguh main bola.. Kira dalam satu aspek dia memang pandai.

Aidil Zafran pun dikerumuni oleh student-student sekolah sini. Bermacam-macam soalan yang diajukan kepadanya. Apalagi budak Aleza itu.. Dengan gediknya dia bercakap dengan Aidil Zafran.

"Aidil Zafran.. Apa you buat kat sini" Dengan gediknya Aleza bercakap sambil memegang tangan lelaki itu.

Meluat Erma tengok Aleza. Hendak termuntah pun ada. Geli!!

Disebabkan meluat tahap miksima melihat perilaku Aleza itu. Erma pun teringin hendak pergi dari situ dan berdoa semoga bapanya itu cepat-cepat mengambil dia dari sekolah ini. Sakit matanya melihat.

Erma pun pergi ke tempat lain. Nak bertegur sapa dengan Aidil Zafran? Owhh Boy!! Takde masa nak tegur dengan budak yang egonya tinggi, Perasan hansem, macam dia seorang je yang kaya dekat Brunei ini.

"Athirah!" Sapa Aidil Zafran.

Aleza geram tengok Aidil Zafran yang semakin menghampiri Erma.

"Kau nak apa? dan lagi satu.. jangan panggil namaku Athirah.. okay?"

Tersenyum Aidil Zafran dibuatnya. "Athirah atuu nama mu jua tuu..lagipun sukati aku lahh mau panggil namamu apa.." Sinis tutur bicaranya.

"SIAL!!!" Erma pun ingin berlalu pergi dari situ. alergic rasanya lama-lama dengan Aidil Zafran.

"Eyhh.. by the way.. aku mau kau minta maaf sama bini-bini atuu.. ku liat kau kan menampar ia tadi.." Aidil Zafran menunjuk ALeza yang sekarang ini sedang berbunga hatinya. Benci Erma melihatnya.

"WHATTT???????!!!!!!!!!!!!!" Terkejut Erma dengan permintaan gila Aidil Zafran itu. Aku nak minta maaf??

"NO EXCUSES!!! Understand? aku mau kau minta maaf jua sama bini-bini atuu" Sekali lagi Aleza ditunjuk.

Merah muka Erma Athirah menahan marahnya. Aleza pula sekarang sedang gembira dan tersenyum sinis memandang Erma.

0 Comments:

Post a Comment