About Me

Foto saya
Bandar Seri Begawan, Lambak Kanan, Brunei
Aku Bukan Siapa-Siapa :)

Saya hargai semua pembaca disini dan saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kerna sanggup meluangkan masa tuk membaca karya saya akan tetapi semua Karya di sini, Hanya untuk tatapan di sini sahaja. Sebarang salinan semula tidak dibenarkan sama sekali. :))



-[Sticky Notes]-

-Diharap semoga terhibur dengan hasil nukilan saya. Jujur saya katakan ini adalah kali pertama saya membuat novel dan cerpen secara online. Jikalau ada kesalahan tegur-tegurlah saya. :)

-Thank You so Much to all yang membaca hasil nukilan saya. Either orang atuu suka or nda.. but i still appreciate it. Love Yahh..
*i know dalam dunia ane nda semua suka tane*





"Di Antara Kita"

* Erma Athirah
* Aidil Zafran
* Hidayah Osman
* Yazrin Iskandar
* Ayune Lydiana
* Shahmie aka 92
* Syafina Musfirah
* Muhammad Nor Ikram Syah

* Qistina Aleza
* Ameera
* Alya Ardina

Di Antara Kita Mengisahkan Tentang 4 Orang Sahabat Dalam Kisah Cinta Mereka Dan Kisah Persahabatan Mereka.

Jumaat, 29 Mei 2009

Story : Di Antara Kita *25*

Di Antara Kita ep 25.

Seperti yang dijanjikan, Hari Khamis adalah hari penyampaian hadiah bagi pelajar-pelajar cemerlang. Beberapa guru sibuk melayan kerenah pelajar yang menyaksikan persembahan setengah pelajar yang mengikuti aktiviti ini dan setengahnya hanya duduk malas hendak menegur pelajar sekarang yang keras kepala. Dalam erti kata lain, Mereka terhibur dengan persembahan pentas yang dilakukan.

Erma Athirah pula sedang memerhatikan dari pintu sebelah kiri, badan merasa sejuk, takut takut kalau semua ini tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang disamping itu juga dia menjaga pelajar-pelajar yang akan naik ke pentas bagi mendapatkan hadiah mereka. Aidil Zafran pula sedang berada dibelakang pentas, apa yang dilakukannya disana hanya dia saja yang tau.

Hidayah,Musfirah dan Ayune pula dengan urusan mereka masing-masing. Hidayah dan Musfirah sepatutnya bersama Erma tetapi mereka ingin menemankan Ayune. Mereka tidak yakin dengan kebolehan Ayune dalam menguruskan bahagian jamuan. Tetapi belum apa-apa mereka bertiga sudah pun muncul dihadapan Erma.

"Astagahhh bahapa kamu ne??yang ku suruh kamu kerajakan siapa menjaga??"

"Whaha.. Relek dang Erma, Cool, kau manis, iatahh kami suruh orang lain menjagakan lagipun nda jua papa.. nda pernah ada orang kepisan ganya jua menjaga" Terang Musfirah.

"Banyak cantek muka kamu, kalau dorang makan makanan atuu cmana?" Tanya Erma pula kepada Ayune.

"Bowhh!! Nda papa tuu, aku suruh dorang jaga saja bukan suruh makan" Jawabnya dengan lurus bendul.

"Haha Atuuu banar, Eyhh kalau kau disini, Syahmie mu kau tinggalkan sama student yang kau suruh-suruh atuu??nda kau jeles??"

"Ohh kalau atuu yang kau risaukan,dont worry geng, ia nda ada disana.. entahh awal ia escape tadi aaa iatahh masane ia sama c'Aidil kekasih gelapmu aa"

"Sama c'Aidil??behapa ya??bukankah ia kana suruh sama bahagian macam kau??"

"Entahh.. aku pun nda tau.. yang ia sempat membagitau yang ia mendangani c'Aidil tuk surprise aaa.."

"Surprise??"

"Awu surprise,kejutan.Jangan tahh kau kan exsen.. tau ku,kau tau udahh yang c'Aidil kan membagi kejutan aa" Celah Hidayah.

"Eyh mana ku tau!!whahaha"

"Mua mu uh!!" serentak mereka mengatakannya kepada Erma.

"Okay,dahh dahh, cua kamu liat melayan kamu saja abis student kana bagi hadiah."

Setelah selesai penyampaian hadiah, Aidil Zafran muncul diatas pentas membawa sebuah gitar. Kehadirannya mengamatkan lagi suasana di dewan yang sememangnya bising terutama pelajar perempuan yang meminatinya dan ada juga dari kalangan pelajar lelaki.

"Woishhh Erma, Aidil Aidil"

"Awuu awuu nampak ku.. alum ku buta" Di dalam hati Erma hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia.

Aidil Zafran memeriksa mic sebelum memulakan kata-katanya.

"Assalamualaikum semua, saya Aidil Zafran"

Semua orang bersorak,ada yang berteriak apabila Aidil memulakan bicaranya.

"hehe.. Sebenarnya saya ingin menyampaikan sebuah lagu dari Kumpulan Ungu iaitu Kekasih gelapku. Lagu ini khas saya tujukan kepada orang yang paling saya sayangi Erma Athirah."

Suasana didalam dewan semakin riuh apabila Aidil meluahkan perasaannya. Semua orang memandang Erma yang berada dekat pintu hampir pentas.

"Wow!!Erma, Kekasih gelapmu menyanyikan lagu kekasih gelap ku. whahaha" Bisik mereka bertiga.

Keadaan menjadi sunyi apabila Aidil mula memetik gitarnya.

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Kutahu kutakkan slalu ada untukmu
Disaat engkau merindukan diriku
Kutahu kutakkan bisa memberikanmu waktu
Yang panjang dalam hidupku

Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
Yang kucari selama ini
Dalam hidupku
Dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
Yang panjang dalam hidupku

Ku mencintaimu lebih dari apa pun
Meskipun tiada satu orang pun yang tahu
Ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
Meskipun engkau hanya kekasih gelapku

Selesai sahaja nyanyian Aidil, semua penuntut berdiri memberi tepukan yang gemuruh.

"Terima kasih semua"

Pelajar-pelajar masih memberi tepukan. Erma pula terkejut sangat-sangat.. tidak tahu apa patut dibuatnya.

"Athirah" Aidil Menoleh kearah Erma.

"Sudikah kau menjadi kekasih hatiku?"

0 Comments:

Post a Comment